My Teaching Philosphy


this is my teaching philosophy. i was interested in the concept of islamization of knowledge. as i was graduated in Islamic university, the islamization of knowledge is very much used there. we have heard a lot of thing such as islamic science, islamic economic and many other.in this islamization of knowledge, we tends to look thing to make it right. we must believe that everyting is created and manage by Allah. so islamization of knowledge is we belive that everything is exist is by the God will. for instances, everything about hormones, enzymes and other body regulations are perfectly function without any fault occur. how can we islamicate our knowledge on these topics?we can islamize our knowledge by saying that all these hormones, enzymes, and body regulation cannot occur without the will of God. Allah has created such thing to works in our body. so we believe that all this thing can exist by the will of God. this is one way that we can islamicate our knowledge.

Thursday, March 5, 2009

parlimen dan environment

soalan bukan lisan drpd Dr. Tan Seng Giaw [ DAP Kepong ]


Soalan :
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kilang yang mencemarkan, jenis pencemaran dan dasar karbon di negara. Apakah keseriusan dan cara-cara untuk mengatasinya.


Jawapan
Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada umumnya jenis pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dirangkumkan kepada tiga kategori iaitu, pencemaran air, pencemaran udara dan bahan buangan berbahaya. Dalam hubungan ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyimpan rekod inventori kilang-kilang yang tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bilangan kilang yang tertakluk kepada peraturan kawalan pencemaran dan lesen yang dikeluarkan oleh JAS setakat ini adalah seperti berikut: i. 411 buah kilang kelapa sawit di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kilang Kelapa Sawit Mentah) 1977; dan ii. 84 buah kilang getah di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kilang Getah Asli Mentah) 1978; Di samping itu, punca-punca lain seperti industri pembuatan, pemprosesan dan servis yang tertakluk kepada kawalan peraturan JAS adalah seperti berikut: i. 13,645 buah kilang yang tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978; ii. 27,805 premis tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979; dan iii. 14,277 buah premis yang tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Masalah pencemaran dari kilang-kilang di negara kita masih terkawal dan tidak mendatangkan pencemaran yang serius. Namun demikian penguatkuasaan sentiasa dijalankan bagi memastikan kilang-kilang mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan. Di samping penguatkuasaan, perbincangan dan dialog dengan pihak kilang juga dijalankan bagi memudahcara pematuhan. Selain itu, JAS juga memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri terutamanya dalam perancangan pembangunan bagi memastikan aspek pemuliharaan alam sekitar sentiasa diambilkira dan diberi perhatian dalam pembangunan di sesuatu kawasan. Buat masa ini, Kerajaan masih tidak mempunyai satu dasar khusus mengenai perlepasan karbon. Namun demikian, Kerajaan sedang merangka Dasar Perubahan Iklim Negara yang antara lain bertujuan untuk menangani fenomena perubahan iklim yang berpunca daripada pelepasan gas-gas rumah kaca (greenhouse gases - GHG) termasuk karbon dioksida. Dasar ini digubal bagi mencapai pembangunan lestari yang memberi fokus kepada perancangan bersepadu melalui kerjasama dan penyelarasan yang berkesan antara agensi-agensi kerajaan di samping mempromosikan ekonomi rendah karbon. Sekian, terima kasih.

0 comments:

Followers


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Interior Design. Powered by Blogger